Baru-baru ini Abang Nara ada berkongsi 10 kelebihan Huawei P10 Plus buat mereka yang sedang mencari smartphone baru. Ramai yang teruja dan teringin nak beli Huawei P10 Plus tetapi ada juga yang bertanya “Abang Nara tak ada ke telefon Huawei yang harganya murah sikit. Duit dah habis la beli baju raya”. Sudah tentu jawapannya ada!!!
![huawei p10](https://s8.postimg.org/5x1m9j4yd/HUAWEI_P10_Greenery_and_Dazzling_Blue.jpg)
Huawei P10 yang kini sedang hangat di pasaran
Seperti yang Abang Nara dah ceritakan dulu, Huawei P10 ada 3 jenis dengan 3 harga yang berbeza. Bersempena Ramadhan ini, silalah berjimat cermat dan beli salah satu P10, P10 Plus atau P10 Lite untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri anda kelak.
Huawei P10: RM2,499
Huawei P10 Lite: RM1,299
Huawei P10 Plus: RM3,099
Sekiranya bajet anda untuk membeli smartphone baru telah berkurangan kerana membuat persiapan raya tetapi masih teringin nak tampil bergaya, hensem, cantik, menawan dan kacak di pagi raya dengan telefon baru, Abang Nara sarankan korang membeli Huawei P10 Lite. Banyak ciri-ciri best dan awesome yang ada di dalam Huawei P10 Lite yang pasti membuatkan korang tersenyum riang apabila memilikinya. Antaranya ialah:-
1. Pattern yang berubah-ubah mengikut keadaan cahaya
![huawei p10 lite](https://s8.postimg.org/wxkgv7zkl/ki2.jpg )
model Sapphire Blue P10 Lite yang cukup gorgeous
Rekaan Huawei P10 Lite memang unik dan lain daripada yang lain kerana kehadiran cermin depan dan belakangnya yang menunjukkan pattern berubah-ubah mengikut keadaan cahaya. Ia diinspirasikan dari ombak Sungai Seine dan telah dipatenkan oleh Huawei. Dengan warna Sapphire blue, Midnight black dan Platinum gold untuk pasaran Malaysia, Abang Nara berani jamin smartphone anda akan dibelek-belek rapi oleh saudara mara di pagi raya nanti kerana keistimewaannya ini.
2.Kamera selfie 8MP dengan 10 pilihan “Beauty Mode”
Tak payah nak ber”selfie” berpuluh-puluh kali di pagi raya kerana dengan kamera Huawei P10 Lite, anda confirm akan nampak cun melecun dan hensem. Siap ada “potrait mode” yang boleh kesan muka anda dan menghasilkan kesan “bokeh” yang awesome di bahagian belakang. Itu belum kira 10 pilihan “Beauty Mode” yang pasti membuatkan wajah anda tampil lebih jelita dan menawan di media sosial.
3.Kamera belakang 12MP yang awesome untuk tangkap gambar waktu malam
Malam raya adalah antara waktu penting untuk kamera smartphone beraksi menangkap gambar anak-anak buah bermain bunga api sambil pakcik-pakcik membakar lemang. Dengan kamera depan 12MP yang menangkap 20% lebih cahaya, Huawei P10 Lite memastikan detik-detik penuh istimewa ini tidak terlepas daripada dirakamkan. Siap ada stabilization sistem dan 1 dari 4 frame algorithm untuk memastikan gambar yang diambil tidak bergoyang dan blur. Confirm puas hati punya.
4.Bateri 3000mAh yang tahan lama & laju di”charge”
Apa guna ada smartphone canggih tapi bila nak guna je bateri habis? Pastue kalau nak charge amik masa berjam-jam. Dengan Huawei P10 Lite, anda tak perlu fikir semua itu. Bateri 3000mAh miliknya memastikan anda boleh lenjan tangkap gambar, tengok video, layan Facebook dan macam-macam lagi tanpa sebarang kerisauan. Kalau bateri habis pun hanya perlu 30 minit “charging time” untuk sampai ke 43%. Super duper laju kan?
5.Laju, pantas dan tak ada tersekat-sekat
Dengan cip pemprosesan Kirin 658, 4GB RAM dan ruangan storan 32GB, pengguna Huawei bpengguna smartphone Android. Dengan sistem EMUI 5.1 yang terbina di dalamnya, Huawei P10 Lite dilaporkan 80% lebih pantas berbanding para pesaingnya. Semua applikasi pasti akan di”load” dengan sekelip mata sahaja.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan Huawei P10 Lite ini. Kalau nak tulis satu persatu, sampai esok pun tak habis. Antaranya pengimbas cap jari yang boleh unlock dalam masa 0.3 saat, skrin In-Cell FHD Display dengan resolusi 1080 x 1920 yang memastikan anda puas menonton video, tangkap screenshot dengan Knuckle Sense Technology (ketik pakai jari je), boleh install 2 akaun FB dan 2 akaun Whatsapp dan macam-macam lagilah. Senang cakap dengan harga RM1,299, tiada smartphone yang lebih berbaloi berbanding Huawei P10 Lite.
Untuk makluman, anda boleh mendapatkan Huawei P10 Lite dari telco-telco seperti Digi, Maxis dan Celcom. Tawaran yang diberikan memang kaw-kaw berbaloi. Untuk memudahkan anda membuat pilihan, Abang Nara sharekan offer ketiga-tiga telco ini di bawah. Pilih la yang mana satu berkenan di hati. Semuanya pun best-best.
Pada pendapat Abang Nara, Huawei P10 Lite adalah satu pembelian yang cukup berbaloi sekiranya anda mencari satu smartphone baru yang unik, berkuasa dan mahu menangkap gambar yang bermutu tinggi. Ribuan rakyat Malaysia dah menggunakan Huawei P10 Lite dan rata-rata kesemuanya berpuas hati. Tak percaya? Boleh ushar testimonial mereka di Facebook Huawei Malaysia. Sekiranya Huawei P10 Lite, meh kongsikan gambar-gambar yang telah anda tangkap atau boleh bagi review dan rating anda terhadap smartphone ini. . Bolehlah pembaca BeautifulNara menilai sendiri kehebatan Huawei P10 Lite sebelum pergi membelinya. Untuk maklumat lanjut layari laman web Huawei.