Bergaya Ala-Ala Artis ‘Fashion Show’, Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji

Dunia

Bergaya Ala-Ala Artis ‘Fashion Show’, Mengucap Panjang Lihat Jemaah Indonesia Balik Haji

Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Indonesia sekembalinya mereka menunaikan ibadah haji mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen, terutama berkaitan soal kesesuaian berpakaian selepas menyempurnakan rukun Islam kelima.

Dalam satu klip video yang dikongsikan oleh Andi Arham dan kini tular di media sosial, kelihatan sekumpulan jemaah haji disambut meriah oleh keluarga dan penduduk tempatan sebaik tiba di sebuah masjid.

Advertisement

Apa yang mencuri perhatian ialah penampilan sebahagian jemaah wanita yang mengenakan pakaian seakan pengantin lengkap dengan solekan, sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan netizen.

Difahamkan, cara berpakaian itu adalah adat tradisional masyarakat Bugis sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang baru selesai menunaikan haji.

haji indonesia

Namun begitu, menerusi ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan tersebut yang dianggap tidak menggambarkan kesederhanaan dan adab selepas menunaikan ibadah suci.

“Rasanya untuk berhias itu tiada masalah biarkan budaya mereka, tapi yang buka aurat rambut itu yang tidak sepatutnya, balik dari haji sepatutnya benda asas dipelihara semudah-mudah perkara,” ujar netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 hours ago

“10 Tahun Tunggu, Hari Ini Aku Cuma Jadi Kenangan” – Suami Naik Pelamin Dengan Wanita Lain, Netizen Simpati Dengan Nasib Si Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tiktok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...