Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bergandingan Bersama Dalam Drama Ryan Aralyn, Peminat Setuju Raysha Rizrose Dan Zul Ariffin Serasi Bersama Berdua

Drama yang dibintangi pelakon Raysha Rizrose dan Zul Ariffin bertajuk Ryan Aralyn yang kini bersiaran di slot Akasia,TV3 nampaknya telah mendapat tempat di hati peminat drama tempatan.

Plot dan jalan cerita yang menarik serta gandingan yang serasi antara pelakon utama drama itu telah membuatkan netizen teruja untuk melihatnya di kaca televisyen.

Advertisement
View this post on Instagram

So… korang approve tak? Yes or yes? ??? #RyanAra #RyanAralyn @qaisworksproduction @tv3malaysia @dramasangat

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 24. (@raysharizrose) on

Baru-baru ini, Raysha Rizrose ada memuat naik fotonya bersama Zul Ariffin di ruangan instagram miliknya sempena rangka promosi drama tersebut. Berikutan itu, ramai peminat tampil memberikan komen dan berpendapat bahawa pasangan ini sangat secocok bergandingan bersama.

View this post on Instagram

“Percayalah. Tak ada satu manusia pun yang boleh rasa apa yang aku rasa..” – Aralyn. ?? ? #RyanAralyn

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 24. (@raysharizrose) on

Malah, ada juga netizen yang tampil membuat permintaan untuk melihat Raysha dan Zul Ariffin bersama lagi di drama-drama yang akan datang.

Drama Ryan Aralyn itu turut dibintangi barisan pelakon mantap seperti Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohammad, Fify Azmi dan ramai lagi. Ianya kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 mulai 25 September yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Elliza Razak

    October 8, 2020 at 7:21 pm

    SEKARANG DRAMA INI MEMASUKI EPISOD KE-10. SELAMAT MENONTON.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top