Dipercayai, pergolakan rumah tangga pemain bola sepak dikenali ramai iaitu Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana sudah kembali pulih selepas dilihat bergambar bersama sambil memeluk erat antara satu sama lain.
Rumah tangga kembali pulih
Dapat dilihat menerusi perkongsian di Insta Story Faisal, dia memuat naik satu foto bersama isteri dan anak sambil menggunakan lagu latar Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik serta meletakkan ucapan ringkasan ‘Alhamdulillah’.
Lebih menguatkan andaian bahawa mereka sudah berbaik kerana Syazwani juga be/*kongsi semula foto berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur.
Sayang awak Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam.
Pernah failkan perceraian
Sebelum ini, Nur Syazwani dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama.
View this post on Instagram
Berita tersebut disahkan sendiri oleh peguam isteri Faisal iaitu Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan mahkamah telah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan berkenaan.