Memetik Gempak, penyanyi ND Lala yang juga bapa kepada pengantin perempuan yang diraikan hari ini, Shila Amzah dilaporkan hanya hadir sebentar sahaja ke majlis pernikahan anaknya itu.
Setelah menikahkan pasangan mempelai sekitar jam 10.30 pagi tadi, ND Lala dilihat bergegas meninggalkan majlis akad nikah tersebut.
Malah, Datuk ND Lala juga tidak kelihatan dalam sesi bergambar yang diadakan setelah akad nikah selesai bersama ahli keluarga yang lain.
ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh turut mengelak daripada ditemui pihak media yang berada di luar dewan majlis kerana disyaki ‘ghaib’ secara tiba-tiba.
Manakala ibu Shila, Fauziah Sarman enggan memberi sebarang komen mengenai insiden tersebut.
Mengimbas kembali, ND Lala sebelum ini telah berdepan dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya di mana dia didakwa sudah bernikah bersama seorang wanita bernama Siti Munirah Abdul Ghani.
Siti Munirah juga dikatakan adalah salah seorang daripada kawan sekolah Shila Amzah.
Tanggal 3 April lalu, Fauziah dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat untuk tujuan memfailkan perceraian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.