Bergambar Mesra : Zul Ariffin Bercinta Dengan Farah Nabilah?

Hiburan

Bergambar Mesra :  Zul Ariffin Bercinta Dengan Farah Nabilah?

Belum lagi reda dengan isu akaun Instagramya digodam sehingga tersebarnya foto lucah, Zul Ariffin sekali lagi mendapat perhatian ramai dengan gosip cinta pula gara-gara bergambar mesra dengan aktres Farah Nabilah.

Advertisement

Berpakaian sedondon, Zul dilihat merangkul mesra pinggang Farah dalam sebuah foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam. Malah, Zul juga turut menyertakan kapsyen berbentuk emoji “love”.  Namun, Zul telah menukar kapsyen kepada With Mummy”.

Semestinya foto itu mencetuskan spekulasi adakah beliau dan Farah sedang bercinta ataupun ia sekadar gimik sahaja? Ramai juga peminat yang mengharapkan agar mereka berdua mempunyai jodoh bersama.

Keserasian Zul dan Farah dalam drama Titian Cinta sebelum ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Kalau hendak bercinta, rasanya ramai yang merestui hubungan mereka bukan?  Ehem, bukan main “daring” lagi Zul sejak kembali solo. Heh..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...