Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bergambar Dengan Konsep Pra-Perkahwinan, Harris Alif Bakal Dirikan Rumah Tangga Tidak Lama Lagi?

Penyanyi dan juga pelakon, Harris Alif yang kini sedang hangat bercinta dengan aktres Intan Ladyana baru-baru ini ada berkongsikan beberapa keping foto berkonsepkan pra-perkahwinan menerusi akaun Instagramnya.

Harris Alif atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Bin Nor Rashidi yang kini berusia 21 tahun juga telah dihubungi media untuk memberikan jawapan adakah dia bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi setelah seolah-olah memberi ‘hint’ dengan foto-foto tersebut.

Advertisement

Namun, Harris hanya memberi respon untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Harris dan Intan Ladyana,38, sebelum ini pernah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen apabila mengumumkan bahawa mereka berdua kini dilamun cinta dan telah menjadi pasangan kekasih.

Namun, pengacara program Generasi Z ini turut mengulas mengenai isu kesediaan menggalas tanggungjawab sebagai suami kelak sedangkan dirinya masih muda. Menurutnya, Harris tidak merasakan faktor umur sebagai penghalang.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Advertisement

“Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri. Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab, dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri.”

Harris juga berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh pada tuhan yang Maha Esa.

Mengakhiri perbualan, Harris berkata jika ada apa-apa perkembangan, sudah pasti akan diumumkan kepada media dan peminat.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    December 7, 2020 at 3:04 pm

    fuhh tabik la intan,sekali dpat ank teruna suci dan lazzatttt

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama