Baru-baru ini, nama aktres Nelydia Senrose menjadi sebutan selepas tular video dia bersama adik beradik serta saudara bercuti di Thailand.
Video yang dimuat naik oleh Aprena Manrose itu memaparkan Nelydia hanya memakai bucket hat dan menampakkan bahagian rambut serta lehernya.
Kerana sudah bergelar Hajah, sudah tentu pemakaian dan tindak tanduk aktres jelita berasal dari Kelantan itu akan sentiasa mendapat perhatian.
Terbaru, sebuah video dimuat naik di Instagram memaparkan Nelydia bersama adik beradik dan saudaranya itu juga sedang bergambar selepas beriadah bermain badminton.
Bagaimanapun, pelakon filem Jebat tersebut dilihat tidak memakai tudung, not even topi atau apa-apa yang menutup rambutnya berwarna perang itu.
Dalam pada itu, ramai warganet yang dilihat bersifat neutral dan tidak mengkritik Nelydia selepas dia dikecam tidak bertudung di Thailand.
Kata mereka, peminat tidak perlulah terlalu taksub dan menghukum artis yang sedang mencuba untuk menutup aurat kerana ia sememangnya sikap yang toksik dan negatif.