Hantaran terbaru ibu kepada Anna Jobling, Ariz Arop hari ini telah mencuri perhatian ramai warga maya.
Sebelum ini, kisah anak beranak ini telah menggemparkan industri hiburan gara-gara masalah keluarga yang dialami mereka berdua.
Terbaru, Ariz dilihat memuat naik foto bersama peguam terkenal, Datuk Akberdin dengan kapsyen berbaur semangat namun tidak diperincikan lanjut tentang tujuan dia bertemu dengan Akberdin.
Kebenaran tetap kebenaran walaupun tiada siapa yang mempercayainya. Pembohongan tetap pembohongan walaupun semua orang mempercayainya.
Terima kasih Datuk Akberdin & Co, peguam saya sejak hari pertama yang sentiasa bersama saya. YANG MENGETAHUI SEMUANYA. Lapan bulan lalu, Datuk juga yang menguruskan kes injunksi, dan hari ini kita bertemu lagi. Kisah lain pula. Alhamdulillah. Terima kasih Datuk, anda memang yang terbaik.
Terdahulu, ibu Anna Jobling tampil mendedahkan dia telah dilayan dengan buruk oleh anaknya itu malah dianggap seperti anjing kurap.
Ariz juga mendedahkan bahawa dia dikenakan injuksi dan hanya dibenarkan berjumpa dengan anaknya itu dalam jarak 100 meter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.