Written by AbangNara | January 8th, 2014

Kerana gambar dirinya dengan seekor anjing yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, Karl Shafek menerima reaksi yang bercampur baur dan perdebatan hangat di kalangan peminatnya. Gambar itu dirakamkan ketika Karl Shafek Pantai Padang Padang, Bali, Indonesia . Rata-rata peminat melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pengacara kacak ini.

shafek anjing

Berkata kepada Harian Metro semalam, Karl Shafek menjelaskan nalurinya yang menggemari binatang menyebabkan dirinya bergambar dengan anjing tersebut. Terang Karl Shafek:-

Tapi sudah tentu saya tahu batasnya. Cuma kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar.

Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing itu kalau dilihat daripada sudut satu lagi. Saya tak terkejut pun bila timbul isu sebab masing-masing ada pendapat dan mungkin ada yang anggap ia sensitif tapi sebagai Muslim, saya tahu batasnya.

Biasalah bergambar dengan anjing ini memang isu sensitif di kalangan orang kita. Mungkin di masa hadapan kalau nak bergambar pun, tak perlu kongsikan di laman sosial. Namun Abang Nara tengok Karl Shafek tenang je melayan karenah para peminatnya. Rasanya Karl Shafek pun dah boleh agak gambar tersebut akan menimbulkan kontroversi. Di masa hadapan, mungkin boleh lebih berhati-hati. Ambil gambar dengan kucing mesti lagi ramai orang suka punya. Tak gitu?

P.S: Koleksi iklan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang mengusik jiwa rakyat Malaysia

Comments are closed.