Written by AbangNara | January 8th, 2014

Kerana gambar dirinya dengan seekor anjing yang dikongsikan menerusi akaun Instagram, Karl Shafek menerima reaksi yang bercampur baur dan perdebatan hangat di kalangan peminatnya. Gambar itu dirakamkan ketika Karl Shafek Pantai Padang Padang, Bali, Indonesia . Rata-rata peminat melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pengacara kacak ini.

shafek anjing

Berkata kepada Harian Metro semalam, Karl Shafek menjelaskan nalurinya yang menggemari binatang menyebabkan dirinya bergambar dengan anjing tersebut. Terang Karl Shafek:-

Tapi sudah tentu saya tahu batasnya. Cuma kebetulan ketika saya melawat pantai itu dan ternampak anjing yang comel berkenaan, jadi saya ambil keputusan untuk bergambar.

Saya tak sentuh pun, malah saya bergambar agak jauh dari anjing itu kalau dilihat daripada sudut satu lagi. Saya tak terkejut pun bila timbul isu sebab masing-masing ada pendapat dan mungkin ada yang anggap ia sensitif tapi sebagai Muslim, saya tahu batasnya.

Biasalah bergambar dengan anjing ini memang isu sensitif di kalangan orang kita. Mungkin di masa hadapan kalau nak bergambar pun, tak perlu kongsikan di laman sosial. Namun Abang Nara tengok Karl Shafek tenang je melayan karenah para peminatnya. Rasanya Karl Shafek pun dah boleh agak gambar tersebut akan menimbulkan kontroversi. Di masa hadapan, mungkin boleh lebih berhati-hati. Ambil gambar dengan kucing mesti lagi ramai orang suka punya. Tak gitu?

P.S: Koleksi iklan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang mengusik jiwa rakyat Malaysia

103 responses to Bergambar Dengan Anjing, Karl Shafek Tahu Batas Agama

  1. fauzack says:

    haha..benda simple mcm ni pun nak buat issue..sengal..

  2. ikan kembong says:

    comey pe lagu tu??kalo yg comey tu yg bulu2 lebat tu.heheh…xpa la,,dia dh ngaku slhh..

    • rilek sudeh says:

      Xpayah la nak ckp anjing tu xcomel ke ape..comel/cantik/hensem tu suma subjektif..bg ssetgh org maybe xcomel tp bg kteorg comel, sebab kteorg pncinta haiwan..and semua ciptaan Tuhan tu indah, ada keistimewaan nya..so, kalo nak mrh, mrh kat manusia tu je ckup, xpayah nak mengata anjing yg xbslah tu yer..huh

      • nil says:

        betul tu,..comel tak comel ke haiwan tu pun makhluk Allah SWT..bising je..kakak aku siap bagi anjing mkn..org2 dekat rumh dia pun xde sibuk..anak2 saudar aku tengok anjing pun dia suka..itulh tandanya org yg cintakn sesuatu ciptaan..
        korg yg dok peluk pompuan/lelaki yg bukan muhrim tu haram..xde lak org nk bising…kalau dh haram tu korg kenalah samak…faham tak..
        kalau kena samak rasa2nya korg nk tak peluk-peluk yg bukn muhrim.
        errhhhh..haiishh..

  3. Miss Sha says:

    Siapa la yang mendebatkan orang ambil gambar dengan anjing tu..Macam dah takde benda lain nak didebatkan

    • zaia says:

      bijaknye lah…setakat ambik gambar mcm tu pun nak dijadikan issue bsr..
      dua2 duk mencangkung je lebih2 lg anjing tu posing bukan main kusyuk lg, ntah mengantuk ke ntah pemalu tu..itupun nak kecoh sampai nak berdebat2 la sgt..bukannya karl n anjing tu berpegangan,berpeluk dan bercium.
      betul la tu takde benda nak debat ntah kerja sekolah,assignment,kerja/report tak siap2 lagi,sibuk nak berdebat2 hal yang tak berapa nak tahap debat sangat la!

  4. gugu gaga... says:

    org kita tgkap gmbar ngan anjing nampak jijik..kalo bergmbar ngan perempuan ?????????anjing najis berat blh dicuci….tp berpegangan laki perempuan????HARAM….renung2kan dan selamat beramal….

    • Kopipes says:

      Setuju dgn u gugu gaga.. Bodoh btol esp org melayu kita yang anggap anjing tu mcm taboo..typical muslim! ANJING tu termasuk dlm kategori NAJIS BERAT, so kalau sentuh and pegang pun, masih boleh di samak plus skang byk kemudahan di sediakan utk samak, e.g : sabun TAHARAH..xpyh la nk jadikan benda ni issue, korg bukak minda tu luas2, study dlu sblm nk berceramah like ustazah kat sini..

      p/s : i’m a petlover and muslim..boleh je pegi shelter and buat keja amal, mandikan anjing n etc. Love for animals (cats,dogs n etc) should b by everyone, regardless the race!

  5. Anonymous says:

    setakat bergambar ngn anjing ok lg kot dr bergambar dgn pompuan bogel..haruuuuuu..

    • aina says:

      tahnye… betul tu…takat anjing je pn…

      • Anonymous says:

        kalau artis bergambo pelok2 tu, takde plk yang bisin

        • curlas says:

          ya karl.. batas2 juga.. batas aurat mu kat atas lutut tu apa cerita?????

        • miss ynwa says:

          adakah ini satu cara untuk dapatkan publisiti untuk menaikkan nama?
          dengan memuat naik gambar kontroversi ini?????LOL
          pape jelah yang pasti pegang anjing bole samak
          tapi kalauuu afiq pegang eina azman???????????????????????????
          sila jawab sila jawab

        • ryu says:

          betul tu, kalo artis lelaki n perempuan yang bukan mahram leh lak. kalo pegang anjing boleh samak atau dibersihkan. ne kalo peluk2 lelaki perempuan yang hukumnya haram mana lak? lagi dosa besar berbanding ambik gambar anjing

        • lyn says:

          kalau pegang anjing boleh lagi di samak. tapi pegang pompuan bukan mahram, kau tanggung lah dosanya sampai bila2 selagi tak bertaubat.

        • K.A.A says:

          chakra khan tangkap gamba dgn anjing siap peluk cium x de lak kecoh…

        • Lepat pisang says:

          dia ternampak “anjing comel” berkenaan…

          tgk balik gambar anjing tu, #tepuk dahi aku!!

        • Didi says:

          Aku ni petlover. Walaupun anjing tu haram bg islam. Aku still rasa sayang pada diorang. Bila nampak anjing/haiwan lain jalan henjut, cedera. Rasa macam nak tolong je. Malangnya, hanya mampu melihat dan mendoakan yg terbaik untuk mereka.

        • :) says:

          Sejak bila pulak haram pegang anjing?
          haihhh susah betul otak bajet tinggi agama

        • kapikk says:

          Setuju Sgt! Cth IG Nora danish,gambo bkepit ngn nedim leh siap komen “so sweet” “auwww so happy kapel”
          Ngn binatang yg xbslh cm anjing laju je komen buruk.xde plak dorg nk komen “bagus nye syg haiwan” typical meleis

      • Jenab says:

        ya la karl.. kalau tahu batas agama ko dah kenapa pakai seluar nampak peha.. itu yg patut ko titik berat kan. aurat!

      • Anonymous says:

        Pegang anjing tak haram.. najis je, boleh disucikan dengan samak… x dapat dosa pun. pegang lelaki dan pompuan yang bukan muhrim tu yang haram.. minta ampun pada Allah dengan taubat.. ada faham??..

      • Anonymous says:

        klu terkena anjing boleh jek samak..klu berpeluk ngan pompuan xleh samak pun..tp org xbising pun..

    • entah says:

      pegang anjing pon bole samak tapi kalo da pegang perempuan bole samak ke?