Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bergambar Beramai-Ramai, Netizen Persoal Foto Aidilfitri Beberapa Selebriti

Sudah menjadi kebiasaan buat ahli keluarga untuk bergambar beramai-ramai ketika menyambut Aidilfitri dengan tujuan merakam kenangan meraikan lebaran setahun sekali itu.

Namun, gara-gara PKP dan larangan rentas negeri dan daerah, beberapa orang selebriti telah mengundang persoalan dalam kalangan netizen apabila mereka ini dilihat seperti tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika hari raya.

Advertisement
Norman HakimSumber : Instagram Norman Hakim  

Antara selebriti yang menjadi tumpuan berkenaan pelanggaran SOP itu adalah Norman dan isteri, Memey serta Abby dan suaminya berserta anak-anak yang kesemuanya berjumlah 13 orang.

Ianya menjadi persoalan dan pertikaian apabila keberadaan Abby dan suami serta anak-anak mereka dalam satu bumbung bersama Norman dan Memey.

Selain itu, pelakon Rozita Che Wan juga menjadi tumpuan apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.

Rozita Che WanSumber : Instagram Rozita Che Wan  

“Anak menantu dan cucu..” tulisnya ringkas di bahagian kapsyen foto tersebut.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial artis berkenaan tampil menanyakan soalan mengenai keberangkalian mereka ini melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan ataupun sememangnya tinggal serumah.

“Ramainya ahli keluarga. Duduk serumah ke atau datang berziarah. Tanya sahaja.” soal seorang pengikut Instagram.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur bermula dari 12 Mei sehingga 7 Jun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    May 19, 2021 at 10:23 am

    bebal…

  2. tecit

    May 18, 2021 at 2:42 pm

    mgkin depa duduk satu daerah kott. kome nk jeles2 ngapeeee. haihh.

  3. Ustazah netizen

    May 17, 2021 at 3:02 am

    Inspektor aliza ni keja ja polis. Tapi sop kelaut. Tak dengki haih. Tp paham dak sop xleh ziarah tu? Ziarah dlm rumah saja. Hg jgn mrah netizen. Hg p mrah kerajaan. Depa x bg ziarah. Ce bawak mngucap. Muhasabah diri. Netizen lak kena sekolah ngn hg. Hg tu p skolah. Apooo aku ckp ni. Poning lak.

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top