Pengarah dan pelakon, Michael Ang menyelar sikap dua orang pempengaruh yang membuka aib dan berbalas kenyataan di media sosial berhubung isu rumah tangga dan penceraian mereka.
Menerusi satu hantaran yang telah dibuat di Instagram akaunnya, Michael menyifatkan tindakan dua individu tersebut seperti kanak-kanak.
Apa punya bod*h manusia bergaduh macam budak-budak.
Satu Malaysia busy pasal banjir dia boleh minta pulangkan hidung dan kereta balik!
Susulan itu, pengarah tersebut mencadangkan agar pasangan tersebut menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka di mahkamah termasuk soal tuntutan harta.
Pergi la settle dekat mahkamah pasal harta lepas post gambar-gambar aib sebelum dan selepas renovate satu badan dan muka!
Tak baik dik! Tiba-tiba iklan china yang mamat saman bini yang cantik tapi lahir anak muka nampak lain rupanya bini dia buruk tapi renovate muka! Tak baik tak baik.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Michael dan ada yang menyifatkan hubungan pempengaruh itu sebagai ‘toxic’.
Terdahulu, usahawan dan pempengaruh, Cik Epal meminta bekas suaminya iaitu Jofliam untuk menjual kereta mewah miliknya dan membahagikan hasil jualan kepada dua bahagian secara sama rata.
Namun, Jofliam berkata dia hanya akan berbuat demikian sekiranya Cik Epal memulangkan barangan yang pernah diberikannya termasuk pembedahan hidung yang dilakukan Cik Epal ketika mereka masih bergelar suami isteri.