Sebagai ibu bapa, antara perkara yang kita kena take note adalah untuk tidak bertengkar di depan mata anak-anak kerana ia tidak elok untuk kesihatan mental mereka.
Seorang bapa di Ampang, Selangor malah melakukan sesuatu yang lebih teruk kerana mendatangkan kemudaratan kepada anak-anaknya.
Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun itu telah bertindak membelasah dua anak kecilnya gara-gara bertengkar dengan isteri.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam berkata kejadian itu berlaku pada Rabu lepas di mana dia telah bergaduh dengan isteri apabila wanita berkenaan meminta pasportnya serta anak-anak.
Suspek didakwa menumbuk muka anak perempuan mereka berusia 11 tahun sebanyak dua kali. Lelaki itu juga didakwa menampar muka anak lelakinya berusia tiga tahun sehingga meninggalkan kesan lebam.”
Isterinya juga turut memaklumkan dia telah diugut oleh suaminya kerana mahu membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan lelaki itu pada petang Jumaat.
Tambah Mohd Azam, pergaduhan itu dipercayai bermula selepas si isteri bertanya tentang pasport dan pemilik sepasang kasut yang ditemuinya di pejabat suami.
Suspek direman selama tujuh hari sehingga 7 Julai ini untuk siasatan lanjut. Sementara itu, kedua-dua anaknya kini di Wad Pediatrik Hospital Ampang untuk pemantauan lanjut selepas menerima rawatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.