Goh V Shem dan Tan Wee Kiong selaku beregu badminton lelaki negara, kini bergelar beregu nombor satu di dunia menurut ranking BWF yang telah dikemaskini baru-baru ini.
Berdasarkan kedudukan ranking tersebut, beregu negara telah mengumpul 71,297 diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 mata dan beregu Denmark di tempat ketiga dengan 67,534 mata.
Selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro sebelum ini, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong telah muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lalu.
Datuk Lee Chong Wei pula masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan pungutan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh LiuYing berada di tangga keempat dunia dengan jumlah terkumpul 67,060 mata.