Petikaian dua beradik yang mahukan harta pusaka membawa sehingga ke mahkamah dan akhirnya mendedahkan status mereka di dalam keluarga itu sebagai anak angkat.
Kes itu disifatkan berprofil tinggi dan berlaku di bandar Tianjin, China di mana dua beradi tersebut merebut harta warisan bernilai lebih 3 juta Yuan (kira-kira RM1.95 juta).
Difahamkan, bapa kedua-dua individu tersebut byang bernama Sun telah meninggal dunia pada Mac 2025 dan menurut laporan dia telah memindahkan pemilikan rumah bernilai jutaan Yuan kepada anak lelakinya.

Gambar hiasan
Sun bagaimanapun tidak melupakan anak perempuannya dan mengarahkan agar pampasan munasabah diberikan kepada wanita berkenaan.
Bawa kes ke mahkamah
Bagaimanapun, wanita itu mencabar kesahihan pemindahan harta itu atas alasan ia hanya ditandatangani ibu mereka tetapi bahagian ibunya belum ditentukan.
Wanita itu menegaskan bahawa rumah berkenaan adalah milik ibu bapa mereka bersama dan dia bersama adik lelakinya dibesarkan di kediaman tersebut.
Menurut laporan, wanita berkenaan diambil sebagai anak angkat pada tahun 1966 manakala adiknya pula diambil tujuh tahun kemudian.

Gambar hiasan
Pertikaian dua beradik itu Mahkamah Rakyat Daerah Nankai dan wanita tersebut telah membentangkan dokumen baru yang membuktikan bahawa adik lelakinya juga didaftarkan sebagai anak angkat.
Lelaki itu kemudiam mempertahankan haknya untuk mendapat rumah itu kerana mendakwa telah menjaga ibu bapa mereka seorang diri sejak kakaknya memutuskan hubungan kerana pertikaian keluarga pada 1990-an.
Keputusan mahkamah
Hakim memutuskan bahawa status mereka sebagai anak angkat tidak menjejaskan hak warisan di bawah Kanun Sivil China.
Namun, kerana rumah itu telah dipindahkan secara sah dan dinotari pada tahun 2007, ia tidak lagi dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka.
Selepas tiga jam perbicaraan, kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai dengan rumah itu kekal milik anak lelaki manakala kakaknya pula menerima pampasan sebanyak 550,000 Yuan (kira-kira RM358,000).

Gambar hiasan
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.