Menerusi perkongsian Twitter personaliti TV terkenal Fedtri Yahya, seorang wanita yang enggan dikenali ada bertanyakan sama ada ‘berdosakah’ dia memohon cerai kerana sudah tidak tahan duduk serumah dengan si suami yang tidak bekerja.
Menerusi tangkap layar tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan juga bapa.
Semoga yang arif atau berpengalaman dapat berkongsi sesuatu. pic.twitter.com/Jis3gWKPfV
— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) March 1, 2022
Kata wanita itu lagi, makanan harian juga terpaksa disukat dan anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah kerana tidak divaksin.
Sekarang makanan suami minta masak sukatan sikit, ayam dan ikan jauh sekali nak merasa. Ada ikan cuma untuk masak lauk berkuah janji rasa ikan tu dah cukup.
Anak-anak tak dibenarkan ke sekolah atas alasan takut anak-anak divaksin secara diam-diam.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai pengguna media sosial memberikan pandangan bahawa sesebuah perkahwinan tidak sepatutnya berada dalam situasi penderitaan sehingga ke akhir hayat pasangan terutamanya anak-anak yang dinafikan hak dari segi pendidikan dan sebagainya.
Ada sebab Allah halalkan penceraian. Dalam situasi sis ni kita lebih nampak pada kemudaratan keluarga yang libatkan sis dan anak-anak.
Ada juga netizen yang menasihatkan agar wanita tersebut untuk pergi ke pejabat agama atau mahkamah syariah bagi mendapatkan pencerahan yang lebih baik bagi menyelesaikan konflik rumah tangganya itu.