Bukan saja nyanyiannya dikagumi oleh masyarakat, malah kecantikan asli Datuk Siti Nurhaliza juga tidak kurangnya menjadi perhatian rakyat Malaysia.
Bukan saja itu, malah keperibadian beliau juga sangat lah disenangi ramai, dimana Datuk Siti atau mesra dipanggil sebagai TokTi sangatlah lembut apabila berbicara dengan keluarga mahupun peminat.
Bagaimanapun, baru-baru ini melalui satu hantaran di Facebook, terdapat segelintir netizen seakan-akan tidak berpuas hati melihat solekan serta cara pemakaian penyanyi hebat itu.
Di dalam gambar hantaran terbabit, TokTi dilihat memakai sari serta bersolek ala-ala Bollywood dan itu sememangnya sesuai dengan tema majlis dihadiri iaitu ‘Bollywood Night’.
Apabila meninjau di ruangan komen, segelintir warganet menegur bersolek untuk tatapan umum selain suami adalah berdosa, malah berkata semoga sempat untuk bertaubat sebelum ajal tiba.
Bukan itu saja, ada juga ‘bitter‘ melihat TokTi bermekap dan meluahkan pandangannya bahawa penyanyi Biarlah Rahsia itu hanya cantik bila bersolek tetapi tidak menarik hati bila tidak bersolek.
Biarpun ada segelintir yang mengecam, ramai juga netizen lain yang memuji kecantikannya serta mempertahankan TokTi.