Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berdosa Besar Ke Pakai Barang ‘Fake’? – Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini seperti yang anda semua tahu, sebuah akaun Instagram telah mendedahkan ramai selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan. Perkara itu mendapat perhatian netizen termasuklah juga pelakon Sharnaaz Ahmad.

Advertisement

Sharnaaz menerusi akaun Twitternya mencetuskan perdebatan apabila beliau mempersoalkan adakah seseorang itu melakukan dosa besar sekiranya memakai barangan palsu?  Sharnaaz menganggap perkara itu tidak salah dan mengakui beliau sendiri pernah memakai barangan jenama Supreme yang palsu yang diberikan oleh peminat.

Rata-rata netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Sharnaaz. Buat mereka konsep asasnya sama dengan artis yang sering merungut segala usaha mereka tidak dihargai apabila peminat membeli filem ataupun lagu cetak rompak.

Advertisement

Sebagai ‘public figure’ Sharnaaz sepatutnya memberikan contoh yang baik buat orang lain dan jangan pula seakan menyokong industri cetak rompak. Apa pula pandangan korang tentang isu ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 Comments

  1. sajat

    July 30, 2018 at 9:30 am

    sembang bagai nk rak…perang sana sini…bile aku tgk cetak rompak ko bising………aku x mampu hari2 tgk wayang………….dan aku tau ko x mampu beli barang2 ori………….dah ko diam2….jgn smpai aku kutip ko plak…monyet

  2. Anonymous

    July 30, 2018 at 9:18 am

    lantak dia nak pakai barang fake ke tidak ..tak de salah tak de lucu tak de lawak pun pasal barang2 fake ni..kalau org kasi barang fake pakai je laa…at least you appreciated the gift ….just a small matter dude..

    • wekkkkkkk

      July 30, 2018 at 11:53 am

      kalau tentg pakaian fake x mengapalah, sbb hanya itu yg mmpu. Janji kita boleh bertukar2 persalinan. Kalau yg ori je beli..tapi makbapak x bgi duit, anak x bagi nafkah, kereta x ada, rumh sendiri x ada..x ada gunanya beli persalinan diri semua ori.
      Tapi tntg makanan mestilah yg asli dn segar ye..sbb ada juga telur dn beras fake jual di dunia skrg ni..hati2lah.

  3. ae

    July 30, 2018 at 8:55 am

    bukanlah nak defend SA ne, yalah manalah tau artis artis ne terpakai barang fake sebab peminat yang bagi. dorang pakai sebab respect kat peminat yang susah susah nak bagi hadiah, so pakailah. my point is, dorang pakai sebab peminat yang bagi macam yang SA ne cakap. #sayataksokongcetakrompak

  4. Anonymous

    July 30, 2018 at 8:44 am

    Ni antara artis lelaki yg paling sibuk membawang dlm insta…dah sendu, buat cara sendu. Konon jantan tapi perangai macam pondan…udah udah lah ko Sharnazz…

  5. iparku jua

    July 30, 2018 at 8:32 am

    Hahahha tell that to ur adik ipar! bukan dia hangin nak merampas bagai org menjuai tudong tiruan dia?!! pi habaq kt dia sharnaaz oii…”tk berdosa diorg menjuai yg tiruan…carik makan jaaa…kita punya tudong mahai…biaq pi la diorg nak beli tiruan..murah naa!!! pi habaq lagu tu kt bini hang dgn ipaq hang!!”

Loading...
To Top