Baru-baru ini seperti yang anda semua tahu, sebuah akaun Instagram telah mendedahkan ramai selebriti popular menggayakan barangan jenama tiruan. Perkara itu mendapat perhatian netizen termasuklah juga pelakon Sharnaaz Ahmad.
Sharnaaz menerusi akaun Twitternya mencetuskan perdebatan apabila beliau mempersoalkan adakah seseorang itu melakukan dosa besar sekiranya memakai barangan palsu? Sharnaaz menganggap perkara itu tidak salah dan mengakui beliau sendiri pernah memakai barangan jenama Supreme yang palsu yang diberikan oleh peminat.
Rata-rata netizen bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Sharnaaz. Buat mereka konsep asasnya sama dengan artis yang sering merungut segala usaha mereka tidak dihargai apabila peminat membeli filem ataupun lagu cetak rompak.
Sebagai ‘public figure’ Sharnaaz sepatutnya memberikan contoh yang baik buat orang lain dan jangan pula seakan menyokong industri cetak rompak. Apa pula pandangan korang tentang isu ini?