Berdepan Masalah Komunikasi, 5,000 Haiwan Peliharaan Ditemui Mati Dalam Kotak Penghantaran

Trending

Berdepan Masalah Komunikasi, 5,000 Haiwan Peliharaan Ditemui Mati Dalam Kotak Penghantaran

Bagi pencinta haiwan, setiap binatang yang dipelihara pasti dijaga rapi apatah lagi dilindungi dengan penuh kasih sayang dan penuh sifat kemanusiaan, bagaimanapun situasi itu berlaku sebaliknya di Beijing, China.

Berdepan Masalah Komunikasi, 5,000 Haiwan Peliharaan Ditemui Mati Dalam Kotak Penghantaran

Advertisement

Menurut laporan Astro Awani, sekurang-kurangnya 5,000 haiwan peliharaan ditemui mati dalam kotak penghantaran kadbod minggu lalu di pusat kemudahan logistik Pusat China.

Kejadian itu berlaku susulan masalah komunikasi yang tercetu dalam rantaian pembekal industri pembiakan besar-besaran China.

Tambahnya lagi, haiwan berkenaan termasuklah arnab, tikus belanda, kucing dan anjing yang kesemuanya berada dalam sangkar plastik atau besi sebelum dibalut dengan kotak penghantaran dengan lubang-lubang untuk bernafas.

Berdepan Masalah Komunikasi, 5,000 Haiwan Peliharaan Ditemui Mati Dalam Kotak Penghantaran

Lebih perit, hanya beberapa ratus sahaja yang berjaya diselamatkan dan pihak berkuasa khabarnya telah melakukan siasatan ke atas pendedahan Wilayah Henan iaitu kumpulan penyelamat haiwan tempatan.

“Stesen itu dipenuhi kotak penghantaran yang mempunyai ribuan haiwan yang telah mati dan seluruh kawasan tersebut berbau busuk. a kelihatan seperti berada di dalam neraka,” kata pengasas kumpulan penyelamat haiwan Utopia.

Dedahnya lagi, haiwan-haiwan itu juga dibiarkan di dalam kotak penghantaran itu tanpa diberi makan dan minum selama seminggu sebelum didedahkan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...