Berdepan Hukuman 12 Tahun Penjara, Najib Ingin Lantik Peguam Diraja United Kingdom?

Berita

Berdepan Hukuman 12 Tahun Penjara, Najib Ingin Lantik Peguam Diraja United Kingdom?

Kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd menyaksikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dan media tempatan melaporkan bahawa beliau yang mesra dipanggil sebagai Bossku itu tidak berputus asa dan akan membuat rayuan sekali lagi.

Terbaru, Najib khabarnya akan melantik Peguam Diraja dari United Kingdom kerana lebih berpengalaman dalam usaha membebaskan serta membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap dirinya, seperti laporan Harian Metro.

Advertisement

 

Najib SRCSumber : Google  

 

Jadi mungkin inilah jalan keluar yang terakhir dan pastinya akan digunakan sebaiknya oleh Bossku.

Hasrat bekas PM itu telah didedahkan dalam muka surat enam halaman dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Pihak Najib turut berharap agar Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh rayuan dalam masa terdekat kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan wakil Peguam Diraja. Ini kerana mereka perlu menterjemah nota dan dokumen mahkamah bagi kes ini dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris.

 

Najib BosskuSumber : Google  

 

“Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London.” maklum peguam.

Sekadar info, ini merupakan rayuan yang terakhir buat Najib bagi membebaskan dirinya daripada segala pertuduhan yang disabitkan sekaligus sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan dirinya daripada hukuman denda dan penjara.

Najib Razak Amin ahli parlimen kangar, mohon maaf
3 years ago

Hantaran 'Selamat Jalan' Kepada Tun M, Ahli Parlimen Kangar Mohon Maaf Pada Najib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...