Pendakwah selebriti, Da’i Syed harini ini telah didakwa atas dau pertuduhan membabitkan jenayah seksual yang memperuntukkan 30 tahun penjara, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan pertama yang dibaca di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya merupakan kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii pada 17 Oktober yang lalu. Manakala pertuduhan kedua dibaca di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mencabul.
Difahamkan hukuman bagi pertuduhan pertama adalah dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Manakala untuk pertuduhan kedua, ianya dibaca di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan hukuman yang dikenakan adalah penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail dilaporkan telah mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan yang dibaca oleh Hakim Faiz Dziyauddin dan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Peguam bela yang mewakili Da’i Syed, Syed Amirul Syed Edros mengatakan bahawa tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik ketika siasatan polis dan segala perincian bukti di rumah tertuduh juga telah dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Sepanjang siasatan dijalankan, tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik. Malah semasa siasatan bagi kes tangkapan pertama, tertuduh sendiri hadir tanpa bantahan.”
Selepas selesai bacaan dua pertuduan di Mahkamah Petaling Jaya, Da’i Syed dilaporkan telah dibawa ke Mahkamah Shah Alam bagi pertuduhan lain.
Sumber : mStar Online