Tular baru-baru ini apabila tindakan seorang wanita menghumban dua orang kanak-kanak dari jambatan ke dalam sungai dirakam CCTV (kamera litar tertutup).
Menurut laporan Gulf News, wanita Iraq itu membuang dua anaknya dari jambatan ke Sungai Tigris di utara ibu kota berikutan mahu membalas dendam terhadap bekas suaminya.
Bagaimanapun, ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun berkenaan kini sudah ditahan pihak berkuasa.
Wanita tersebut difahamkan bertindak melakukan perkara tersebut sebagai balas dendam terhadap bekas suaminya.
Namun sehingga kini, kedua-dua mangsa Hur Mohammed dan Masuma Mohammed masih belum ditemui sejak awal 17 Oktober lalu.
Rentetan kejadian, ahli keluarga mereka khabarnya turut terkejut dengan kejadian berlaku dan masih giat berusaha mencari mayat kanak-kanak tersebut.
Laporan tersebut menyatakan, datuk kepada kedua-dua mangsa Abu Tahsin Deraji berkata, beliau bertindak sedemikian kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa suaminya meminta cerai pada bulan lalu.
“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya. Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah anak perempuan anda,”
Untuk rekod, trajedi perit ini berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.
Sumber: Gulf News