Penyanyi Syamel mengakui dirinya berasa sangat takut dan berdebar apabila dihubungi pihak hospital berkenaan keadaan ibunya yang kini telah ditidurkan akibat kekurangan oksiden dalam badan.
Kata Syamel, ibunya, Wan Faaizah Karim,55, sudah hampir dua bulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Ibu Kota.
View this post on Instagram
Setiap kali terima panggilan daripad apihak hospital, saya sangat takut dan berdebar untuk mengetahui perkembangan terkini umi. Setakat hari ini bacaan oksigen dalam badannya menurun sehingga 55 peratus. Malah, doktor beritahu umi masih ditidurkan untuk mengehadkan pergerakan dan menstabilkan keadaannya yang mengalami sesak nafas.
Ujar suami kepada penyanyi Ernie Zakri ini lagi, apa yang diharapkan buat masa sekarang adalah untuk melihat ibunya kembali pulang ke rumah.
View this post on Instagram
Mengakui sangat merindukan syurganya itu, Syamel juga merasa kesal kerana tidak dapat melawat ibunya di hospital disebabkan oleh situasi pandemik COVID-19 pada ketika ini.
Terdahulu, menerusi laporan media, Syamel menafikan bahawa ibunya dijangkiti COVID-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius sebelum ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.