Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berdebar Menanti Hari, Tasha Shilla Pohon Doa Agar Urusan Bersalin Anak Sulung Dipermudahkan

Tasha Shila

Pelakon Tasha Shilla yang kini berdebar meniti hari untuk menimang cahaya mata sulungnya memohon doa orang ramai agar urusan bersalinnya nanti dipermudahkan dan berjalan lancar.

Tasha ShilaSumber : Instagram Tasha Shila  

Tasha yang kini sarat hamil 35 minggu ada berkongsikan foto terbarunya bersama suami dan rakan di Instagram untuk tatapan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

“Assalamualaikum W.B.T, Mohon doa kalian semoga kami berempat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Buat Kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang.”

Meninjau ruangan komen, ramai peminat nampaknya sudah tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung pelakon cantik ini bersama suaminya.

View this post on Instagram

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)

Terdahulu, Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    March 25, 2021 at 2:23 pm

    she looks so much like kris dayanti

Loading...
To Top