Penyanyi Soo Wincci dilaporkan terpaksa berlepas ke Sepanyol untuk menyambung pengajian Doktor Falsafah (PhD) keduanya.
Soo Wincci,35, yang kini bergelar Doktor mengakui agak gementar ketika berada di Lapangan Terbang kerana suasana berlainan jauh dari kebiasaan gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh pelosok dunia ketika ini.
Dr. Soo Wincci memuat naik perkembangannya itu di ruangan instagram miliknya. Dalam pada itu dia turut berterima kasih kepada kedutaan Sepanyol kerana membantunya dalam perjalanan menuju ke sana.
Untuk info, Wincci mempunyai PhD dalam Bidang Pengurusan Perniagaan daripada Open Universiti Malaysia (OUM) pada 2016. Dia kemudiannya mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College, Sepanyol sejak dari tahun 2017.