Bercuti Ke Bali Bersama Fattah Amin : Sherry Ibrahim Minta Peminat Tidak Cepat Menghukum

Hiburan

Bercuti Ke Bali Bersama Fattah Amin : Sherry Ibrahim Minta Peminat Tidak Cepat Menghukum

Sherry Ibrahim dan Fatta Amin mungkin antara pasangan yang menjadi “favourite” ramai, boleh dikatakan sama cantik sama padan, baru-baru ini mereka telah bercuti ke bersama ke Bali, Indonesia.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Sherry menerusi akaun Instagram miliknya, jelas mereka cukup gembira menikmati percutian bersama.

Advertisement

Namun, masih ada segelintir peminat yang seakan kurang senang melihat pasangan itu bercuti bersama meskipun mereka ditemani oleh rakan-rakan lain.

Menerusi portal Berita Harian, Sherry harap peminat tidak cepat menghukum beliau dan memperbesarkan hal ini.

Tujuan mereka ke sana sebenarnya atas urusan perniagaan dan menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari ketenangan.

Bagi saya, tiada isu yang timbul kerana kami bukan pergi berdua, sebaliknya turut disertai beberapa rakan lain. Kami ke sana pun di atas urusan perniagaan, namun butiran lanjut mengenai urus niaga itu belum dapat dikongsi buat masa ini.

Lagi pun, bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai dan mencari kelapangan masa pada waktu yang sama. Oleh itu, kami menggunakan kesempatan bekerja sambil menyambut menyambut tahun baharu.

Mungkin agak tidak manis kalau bercuti bersama kerana ia mungkin mengundang fitnah, namun kadang-kala janganlah terlalu berfikiran negatif.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...