February 27th, 2020


Sebut saja pasal Maldives mesti ramai yang terbayangkan pantai yang cantik dengan pemandangan laut biru kan? Maldives mempunyai kira-kira 1,200 pulau menjadikan 99% dari Maldives diliputi air dengan hanya 1% daripadanya adalah daratan. Sebab itu lah ianya cukup terkenal dengan kecantikan pasir pantai yang putih ditambah pula dengan warna air laut kebiru-biruan hijau. Fuh, memang cantik! Maldives juga menggunakan pengangkutan air untuk bergerak dari satu pulau ke pulau lain menggunakan speedboat atau seaplane.

Maldives

Selain daripada terkenal dalam kalangan penggemar aktiviti air, Maldives juga dikenali dengan tarikan sebagai negara yang sangat muslim-friendly yang turut menyediakan pilihan makanan halal! Dan biasanya bila sebut tentang Maldives, ramai yang selalu jadikan Maldives sebagai lokasi percutian bulan madu.

Maldives

Tapi siapa kata Maldives hanya untuk bulan madu je kan? Kalau anda nak tahu, ada banyak pulau bajet yang menarik di Maldives ni untuk anda bercuti bersama kawan-kawan. Bukan saja tempat-tempat yang cantik tapi ada banyak juga aktiviti untuk anda berseronok bersama-sama! Sebelum kami kongsikan tips bercuti di Maldives, jom kita tengok dulu tempat dan aktiviti yang ada dekat sana.

Apa yang best di Maldives?

Kalau bercuti dengan kawan-kawan, benda yang paling penting sekali mestilah gambar dan aktiviti yang seronok kan? Nak dapat gambar yang cantik-cantik, tempatnya pun mestilah cantik dan instagrammable macam di Maldives! Tapi kalau tempat dah cantik, tak ada benda nak buat pun bosan juga kan? Jangan risau, meh kami bagitau aktiviti wajib korang cuba di Maldives.

air asia maldives

Bila lagi anda nak dapat peluang memancing di bawah langit malam Maldives kan? Aktiviti memancing waktu malam di Maldives ini antara aktiviti wajib pelancong setiap kali berkunjung di sini. Uniknya, anda berpeluang memancing menggunakan teknik hand line dengan ikan mentah sebagai umpan.

Ini lah masanya anda mencuba sesuatu yang baru dengan kawan-kawan. Sambil anda memancing tu, boleh lah anda habiskan masa dengan berbual dengan kawan-kawan yang lain tu. Boleh lah buat dua benda sekaligus, memancing sambil berborak!

air asia maldives

Sandbank berdekatan Maafushi Island antara sandbank yang tercantik di Maldives dan sering dijadikan lokasi untuk berehat bagi pelancong yang bersiar-siar di pulau itu. Pelancong juga gemar menghabiskan masa dengan melawat sandbank di Maldives yang boleh buatkan anda terasa seperti berada di pulau persendirian. Yang penting, boleh tangkap gambar banyak-banyak sebab tempat yang sangat ‘on point’.

air asia maldives

air asia maldives

Bagi yang berminat dengan aktiviti di dalam air, sangat disarankan untuk mencuba aktiviti snorkeling di Maldives. Antara lokasi-lokasi terbaik untuk aktiviti snorkeling di sana ialah Banana Reef, HP Reef (Girifushi Thila), dan Manta Point. Menurut pelancong, anda boleh rasai pengalaman snorkeling terbaik hanya di Maldives.

maldive snorkling

maldive snorkling

Salah satu tarikan menarik di Maldives yang boleh anda kunjungi bersama kawan-kawan untuk menjamu selera ialah restoran di bawah laut yang terletak di Hurawalhi Island Resort. Kebiasaannya restoran begini dibina beberapa kaki di bawah paras laut dengan dinding kaca untuk anda menikmati pemandangan indah seperti di dalam laut.

Hurawalhi Island Resort

Selepas penat seharian beraktiviti, anda boleh habiskan masa bersama kawan-kawan dengan menikmati pemandangan matahari terbenam dengan Sunset Cruise di Maldives. Bukan saja dapat melepaskan penat lelah, anda juga dapat menenangkan diri dan ‘release stress’ dengan bunyi ombak semasa di atas cruise. Kalau bernasib baik, anda juga dapat melihat dolphin sambil menunggu matahari terbenam.

sunset cruise

Pernah tak anda mendengar tentang pantai bioluminesin di Maldives? Anda boleh datang ke pantai di Pulau Vaadhoo untuk menyaksikan pantai bercahaya ini pada waktu malam. Pasir-pasir di tepi pantai ini akan bercahaya seperti bintang di langit disebabkan organisme laut dikenali sebagai phytoplankton. Hanya pada waktu malam sahaja, anda dapat saksikan cahaya biru ini!

Vaadhoo Island

Bercakap tentang makanan di Maldives, hidangan tempatan dikenali sebagai Dhivehi Cuisine antara yang menjadi tarikan utama dalam kalangan pelancong. Hidangan tempatan ini dibuat daripada tiga bahan utama iaitu kelapa, ikan dan ubi yang merupakan hasil tempatan. Makanan di Maldives kaya dengan rempah ratus disebabkan pengaruh dari negara jiran iaitu India dan Sri Lanka jadi sudah pastinya sangat kena dengan citarasa rakyat Malaysia!

Dhivehi Cuisine

Tips bercuti di Maldives

Untuk pastikan percutian anda bersama kawan-kawan dapat dinikmati dengan sehabis baik, kenalah pastikan segala perbelanjaan dibelanjakan sebaik mungkin. Jangan sampai terlebih belanja pula, nanti pening kepala tengok duit banyak habis. Ada yang kata bercuti di Maldives ni mahal kan? Tapi tahu tak yang sebenarnya, anda tak perlukan belanja yang besar pun untuk bercuti di Maldives kalau anda ikut tips ni!

air asia maldives

1. Menginap berhampiran lapangan terbang

Pertama sekali, pastikan pulau tempat anda menginap tu berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Male. Untuk menjimatkan kos, anda boleh terus gunakan speedboat untuk ke tempat penginapan. Makin jauh pulau tempat anda menginap, semakin tinggi lah kos pengangkutan yang akan dikenakan.

A blue yellow and white boat sitting next to a body of water Description automatically generated

Lapangan Terbang Antarabangsa Male adalah lapangan terbang antarabangsa utama di Maldives yang terletak di Pulau Hulhule. Lapangan terbang ini merupakan satu-satunya pintu masuk utama bagi pelancong untuk ke Maldives. Setakat ini, lapangan terbang ini sahaja yang menawarkan penerbangan ke luar negara dari Maldives. Jadi, pelancong sangat disarankan untuk mencari penginapan di kawasan berhampiran bagi memudahkan urusan.

2. Menginap di local island

Selain itu, anda boleh menginap di local island kerana pilihan yang ditawarkan di sana jauh lebih murah berbanding pulau-pulau yang lain. Banyak pilihan yang ditawarkan bermula dari guesthouse, hotel dan pengangkutan dengan harga yang berpatutan. Kalau anda mahukan percutian di mengikut bajet berpatutan, terdapat enam pulau tempatan yang anda patut cuba antaranya Male, Hulhumale, Maafushi, Thulusdhoo, Thoddoo dan Rasdhoo.

Tak tahu nak menginap di mana? Anda boleh pilih untuk menginap di pulau dengan harga mampu milik seperti di Maafushi, antara pulau terbesar dan tercantik di Maldives! Pulau ini juga antara pulau yang sering menjadi pilihan pelancong yang berkunjung untuk kali pertama. Nak lagi jimat, pastikan ada dapatkan pas harian lawatan di pulau termasuk dengan pilihan makanan.

Maafushi

3. Pilih pakej berpatutan

Untuk anda yang ingin rasai pengalaman ‘water bungalow’ tapi masih lagi ingin berjimat, anda boleh tempah penginapan di Local Island dan tempah Day Visit ke Luxury Resort Island untuk nikmati pengalaman menjelajah di Maldives. Kalau anda menginap di Local Island dan lakukan Day Visit ke Luxury Resort juga boleh bantu anda berjimat dengan lebih banyak! Pilihan kedua, anda boleh menginap 2 malam di Local Island dan 1 malam di Luxury Resort.

Luxury Resort Island

Selain tu, sebelum anda memilih untuk terbang ke Maldives pastikan anda tempah penerbangan dengan lebih awal untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah.

air asia maldives

Tapi kalau anda nak lebih jimat, tempah je pakej semua dalam satu harga SNAP untuk dapatkan tiket penerbangan pergi balik + Hotel + Cukai semuanya dengan Air Asia!

air asia snap

Terbang dengan AirAsia!

Bayangkan dengan pakej SNAP dari AirAsia ni anda boleh tempah terus tiket penerbangan dan tempat penginapan sekaligus! Tak payah nak pening kepala dan yang penting lebih jimat daripada tempah berasingan. Macam mana agaknya nak tempah pakej SNAP ni? Senang je!

Pertama sekali, layari laman rasmi AirAsia di airasia.com, log in masuk sebagai ahli dan klik pada SNAP untuk tempah penerbangan dan hotel anda. Pilih lokasi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maldives beserta tarikh penerbangan.

air asia snap

Cari hotel pilihan anda. Ada banyak pilihan hotel yang boleh dipilih ikut kesesuaian yang anda mahukan. Terus pilih jenis bilik yang anda nak dan pilih itinerari penerbangan anda untuk lengkapkan butiran penerbangan. Siap!

air asia snap

Istimewanya, AirAsia kini adakan promosi istimewa untuk penerbangan ke Maldives! Sekarang ini, anda boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Maldives dengan hanya RM339 sahaja untuk penerbangan sehala! Yang bestnya lagi, jika anda menempah pakej SNAP untuk dapatkan tiket penerbangan pergi balik dan hotel bermula RM1,288 (seorang) untuk 3 hari 2 malam!

Tempah penerbangan anda bermula 27 Febuari sehingga 8 Mac 2020 untuk dapatkan penerbangan bermula 27 Febuari sehingga 30 September 2020. Jadi tunggu apa lagi? Cepat tempah sekarang untuk percutian paling menyeronokkan bersama kawan-kawan anda di Maldives!




Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...