Bercuti Di Air terjun Cunca Wulang, Fores. 2 Warga Malaysia Hilang Selepas Terjun Ke Dalam Kolam Air

Trending

Bercuti Di Air terjun Cunca Wulang, Fores. 2 Warga Malaysia Hilang Selepas Terjun Ke Dalam Kolam Air

Terjun-Cunca-Wulang

Percutian lima warga Malaysia di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu, semalam.

Advertisement

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, dua mangsa yang hilang itu dikenali sebagai Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan.

Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan hilang setelah terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik tiba di kawasan berkenaan, lapor FMT.

Setelah melihat kejadian, seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba menyelamatkan mereka tetapi beliau juga dilaporkan hilang sebaik terjun ke dalam kolam untuk membantu mangsa.

Tiga lagi rakan mangsa dari Malaysia yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan orang awam dan menghubungi polis.

Zahrain berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan dimulakan sejak pukul 3 petang dan terpaksa diberhentikan pada pukul 5 petang setelah cuaca gelap.

“Saya dimaklumkan kerja-kerja mencari dan menyelamat akan bersambung semula esok pagi (hari ini),” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...