Sebelum ini penulis pernah berkongsi mengenai lima kes catfish yang menggemparkan Malaysia. Tahukah anda apa maksud catfish? Bagi mereka yang tidak tahu, ‘catfish’ ialah satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada satu watak yang direka seseorang untuk berinteraksi di media sosial bagi menipu. Ini bermakna, watak ini berinteraksi dengan individu lain sambil menggunakan gambar dan latar belakang palsu untuk memperdaya mangsa, untuk apa-apa tujuan sekalipun.
Walaupun sudah beberapa kali penulis membangkitkan mengenai isu ini, masih ada yang tertipu dengan personaliti Internet yang menggunakan gambar gadis cantik. Terbaru hangat diperkatakan di Twitter ialah mengenai seorang pelajar yang menjalinkan hubungan selama 10 bulan dengan seorang gadis tetapi rupanya gadis itu tidak wujud. Ikuti kisahnya:
Hasil siasatan Netizen mendapati gambar yang digunakan oleh Fildza Iman sebenarnya dicuri dari akaun Instagram milik seorang pengguna Twitter bernama @fatihaaisya. Sehubungan itu, Fatiha memberitahu akan membuat laporan polis berhubung tindakan penyamar itu menipu orang lain menggunakan gambarnya.
Sementara itu si penyamar telah meminta maaf sambil mengugut akan menyebarkan gambar mangsa yang ditipu sekiranya tidak memadam tweets mengenai dirinya.
Terima kasih semua. pic.twitter.com/QtgAdqkjtG
— FATIHAAISYA (@Fatihaaisya) April 17, 2017
Apa yang lebih menarik, Fildza Iman yang sebenarnya telah tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak kena mengena dengan kes itu tetapi mengenali dalangnya.
Gais mintak tlg rt. Ni real owner Fildza Iman tu. Dia tk bersalah. Mohon bersihkan nama dia pls. #nohate @_AmranFanz @Twt_Polisas_ @ennnndy pic.twitter.com/Gkp4lmrW7T
— Ameera Sanders (@myraaauhl) April 18, 2017
Sebenarnya mengapa perkara seperti ini berlaku? Ada yang berpendapat, mangsa tidak mungkin akan ditipu jika dia bukan seseorang yang memandang rupa.
Dan pemangsa pula sepatutnya mempunyai keyakinan diri, jadi diri sendiri, guna personaliti sendiri, bukan menyamar untuk mendapatkan perhatian orang lain.
Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan, boleh hubungi penulis bila-bila masa melalui Facebook atau Twitter BeautifulNara untuk panduan mengurangkan berat badan. Iyalah, sampai bila nak tipu orang? Nanti jadi ketagih dan tak berhenti-henti seperti seorang penulis skrip filem/drama yang penulis tidak akan namakan di sini. –amazingnara.com