Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bersama suaminya, Trent Garret mendedahkan bahawa dia dan suami sebenarnya hanya sempat berjumpa sebanyak tiga kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Kata Ilya, mereka berdua hanya mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat setelah mendirikan rumah tangga.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Papadom ini menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
“Bersyukur saya bersama dengan suami yang penyayang. Saya jumpa Trent tiga kali sahaja sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin dan kami lebih mengenali antara satu sama lain selepas mendirikan rumah tangga.”
Tambah Ilya, dia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan suaminya kini yang sentiasa berada di belakang serta menyokong apa jua keputusannya dalam kehidupan.
Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana yang bergelar isteri supaya sentiasa menjaga penampilan dan tubuh badan yang langsing agar suami sentiasa sayang.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah Trent banyak sokong dan menjadikan saya seorang yang terbaik. Dia mahukan saya bahagia, jaga penampilan. Perempuan kalau ada inisiatif untuk cantik dan dapat body shape yang lawa, lebih yakin dengan diri sendiri, kurangla sentap dengan suami, kurang drama suami isteri.”
Terdahulu, Raja Ilya dan Trent Garrent telah melangsungkan perkahwinan di kediaman suaminya yang juga seorang ahli perniagaan itu di Perth Australia dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018 yang lalu.