Bercinta Pun Kami Tak Rahsiakan, Mengapa Pula Nak Berteka-Teki Hal Kahwin – Emma Maembong

Hiburan

Bercinta Pun Kami Tak Rahsiakan, Mengapa Pula Nak Berteka-Teki Hal Kahwin – Emma Maembong

Eh,eh dan eh sekali lagi. Adakah Abang Nara tersilap baca atau ini memang benar kata-kata Emma Maembong. Biar betul Emma Maembong tak rahsiakan percintaannya dengan Zizan? Setahu Abang Nara, berbulan juga mereka berdua kata hanya ‘kawan biasa’ walaupun sudah banyak ayat-ayat cinta ditaburkan di laman sosial masing-masing. Mungkin Emma Maembong sudah lupa. Lupa itu perkara biasa. Terjadi kepada semua manusia. Disebabkan anda comel, Abang Nara maafkan. Lain kali jangan buat lagi.

emma maembong

Advertisement

Apa pun Abang Nara berharap agar Emma Maembong dan Zizan tidak lupa untuk menunaikan janji untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kelak. Kalau yang ini lupa juga, tak tahulah Abang Nara nak cakap apa. Mesti peminat-peminat akan bermuram durja. Kata Emma Maembong menerusi Berita Harian:-

Macam Emma pakai tudung sejak Syawal lalu pun orang mula mengandaikan itu petanda Emma akan lekas kahwin dengan Zizan. Hal yang sama apabila kami berada di Jepun beberapa bulan lalu atas urusan kerja turut dikatakan kami merakamkan gambar pra perkahwinan.

Emma tak marah dengan semua ini. Tapi apabila difikirkan semula, Emma sendiri jadi terkejut dengan sikap manusia di luar sana yang pantas membuat andaian itu dan ini. Tapi Emma sedar mereka terutama peminat memang tak sabar melihat kami naik pelamin.

Terima kasih Emma dan Zizan ucapkan di atas doa yang baik untuk masa depan kami. Jangan risau kalau ada jodoh kuat antara kami, berita ini pasti akan diumumkan. Jika selama ini kami tak berahsia mengenai percintaan dan berkongsi gambar di laman sosial, mengapa kami perlu berteka-teki mengenai hal nak kahwin.

Kahwin benda yang baik. Buat apa nak sembunyikan. Macam sekarang ini Emma tolong kakak, Yaya Maembong yang akan kahwin hujung tahun ini. Jadi timbul pula cerita Emma buat persiapan kahwin sendiri sedangkan Emma membantu persiapan kahwin kakak.

Kalaulah Emma sendiri nak kahwin dan buat persiapan, Emma semestinya akan kongsi keterujaan dan kegembiraan itu di laman sosial

emma maembong

Semoga kali ini Emma Maembong berpegang pada janjinya. Bukan apa, bak kata Emma sendiri, kami selaku peminat memang tak sabar nak tengok anda dan Zizan naik pelamin. Bolehlah tumpang rasa ‘excited’ sekali. Kalau dah ada tarikh nanti, umumkanlah. Kalau boleh jemputlah Abang Nara sekali. Teringin nak tengok detik-detik manis Emma bergelar isteri kepada Zizan. Apa pun, semoga perancangan anda berdua dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan. Amin.

P.S: Chevrolet Malibu dilancarkan pada harga RM155,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...