Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bercinta Itu Buang Masa – Ummi Nazeera

Setelah gagal dalam percintaan bersama aktor Remy Ishak beberapa tahun yang lalu, aktres Ummi Nazeera nampaknya tidak pernah didampingi oleh mana-mana lelaki yang istimewa dihatinya. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Ummi akan membuka semula hatinya untuk bercinta.

Advertisement

Namun, buat Ummi beliau menganggap fasa bercinta dalam sesuatu hubungan adalah satu perkara yang membuangkan masa dan beliau mempercayai sebenarnya bercinta selepas kahwin itu lebih indah dan manis.

Jujur saya katakan, bercinta itu buang masa kerana kita belum tahu apa pengakhiran kepada hubungan tersebut dan saya sendiri sebolehnya tidak mahu melalui fasa itu dan lebih baik bercinta selepas kahwin.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna beliau tidak memikirkan soal jodoh ataupun perkahwinan dan sama sekali tidak mengelak untuk bergaul dengan lelaki. Ummi juga sama seperti orang lain yang ingin  mempunyai keluarga sendiri satu hari nanti.

Pada usia saya sekarang tipulah kalau tidak ada berkawan dengan sesiapa tetapi bagi saya mudah, selagi tidak berkahwin saya masih solo dan bukan kepunyaan mana-mana lelaki. Saya lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin itu sebagai persahabatan.

Dalam perkembangan lain, Ummi berkata, pada bulan September depan beliau akan kembali menyambung pelajarannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan di universiti tempatan.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama