February 20th, 2020

Bagai pinang dibelah dua, tarikh 20 Februari 2020 merupakan detik indah buat pelakon Emma Maembong apabila menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang juruterbang  Muhammad Shazli Azhar.

suami emma maembong

Menceritakan detik perkenalan dan bibit cinta antara mereka, Emma akui dia tidak sangka mereka ke jenjang pelamin. Pelakon wanita itu juga berkongsi apa yang membuatkannya terbuka hati untuk menerima Shazli dalam hidupnya.

Detik perkenalan

suami emma maembong

Emma berkata, mereka bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran Uqasha Senrose. Namun, ketika itu mereka hanya berborak kosong sahaja dan tidak pernah menjangka akan berlaku sesuatu yang istimewa.

Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.

emma maembong kahwin

Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri.

Terpikat dengan kesungguhan suami

emma maembong kahwin

Menurut Emma, kesungguhan serta keberanian suami untuk menghalalkan hubungan mereka antara yang memikat hatinya.

Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah.

emma maembong nikah

‘Sweet’ betul kisah perkenalan dan bibit cinta antara mereka. Dalam diam bercinta, tidak perlu tunggu lama terus kahwin. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : CST Production, Amir Naufal Photography & Emanizers


7 responses to “Bercinta Dua Bulan Terus Merisik, Emma Maembong Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami”

  1. Anonymous says:

    tahniah

  2. Puteri ida says:

    Tahniah Emma dan suami

Leave a Reply to Puteri ida Cancel reply

Loading...