Bercinta Dengan Lelaki Australia : Raja Ilya Rela Berundur Jika Agama Menjadi Penghalang

Hiburan

Bercinta Dengan Lelaki Australia : Raja Ilya Rela Berundur Jika Agama Menjadi Penghalang

Sudah tiga tahun mengenali seorang lelaki Australia, pelakon Raja Ilya berharap agar lelaki tersebut dibuka pintu hatinya untuk  memeluk agama Islam. Meskipun mereka berdua tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, Ilya akui beliau mempunyai impian agar hubungan mereka dapat berkekalan sehingga akhir hayat.

Advertisement

Namun, menurut Ilya, sekiranya soal agama menjadi penghalang hubungan mereka berdua, beliau sanggup untuk berundur.

Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.

Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur.

Walaubagaimanapun, hubungan tersebut sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak tanpa membangkitkan soal agama.

Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam. Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.

Ilya juga sempat memberitahu beliau dan kekasih hanya sempat bertemu empat kali sepanjang tempoh tiga tahun hubungan mereka. Untuk mengubati kerinduan terhadap kekasihnya, mereka akan berkomunikasi menerusi panggilan video.

Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan.

Percintaan bersama seseorang yang bukan Islam pasti mempunyai cabarannya tersendiri apatah lagi jika berada didalam hubungan jarak jauh. Walaubagaimanapun, setiap perkara ada susun aturnya, biarlah orang yang kita cintai itu benar-benar faham dan belajar tentang Islam terlebih dahulu dan sentiasa mendoakan agar mereka diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...