January 5th, 2015

Kah kah kah. Tergelak besar Abang Nara membaca jawapan Shaheizy Sam apabila diminta memberi ulasan mengenai pengakuan Fazura tentang percintaan mereka berdua satu ketika dahulu. Lawak juga rupanya Shaheizy Sam ini. Mana tidaknya, pelakon kacak ini sempat membuat lawak yang dirinya keluar dengan Megan Fox ketika penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Tersembur air liur Abang Nara membacanya. Hehehe.

shaheizy sam bercinta fazura

Walaupun di dalam pengakuannya Fazura memaklumkan tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan Shaheizy Sam, pelakon lelaki ini memaklumkan yang dia tiada masalah sekiranya bertemu di set penggambaran atau bekerjasama pada masa hadapan. Shaheizy Sam juga memaklumkan yang dia tidak pernah menonton rancangan Facing Up To Fazura dan hanya mengetahui tentang pengakuan itu menerusi rakannya. Kata Shaheizy Sam:-

Saya tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Ketika penggambaran filem Manisnya Cinta di Capppadocia, saya keluar dengan Megan Fox (ketawa). Sejak menjadi pelakon saya terlalu sibuk dan tidak ada mas untuk tonton televisyen. Ada rakan beritahu kepada saya tentang pengetahuan itu tetapi saya tidak tahu secara terperinci kerana tidak tonton program tersebut. Jadi saya tidak pasti apakah jawapan yang tepat harus saya berikan. Jadi lebih baik saya tidak perlu jawab.

Entahlah saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan berkongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap yang serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsikan bersama peminat atau sesiapa.

Jika bercakap tentang kahwin, 2 tahun lepas saya sudah terasa ingin berkahwin tetapi jodoh saya agak lambat (ketawa). Saya dan dia (Fazura) berkawan dan saya mengaku hubungan kami rapat. Kami tidak ada sebarang masalah jika bertemu dalam set penggambaran atau bekerjasama pada masa depan.

sam dan fazura

Tidak diketahui sama ada Shaheizy Sam enggan mengakui percintaan yang pernah terbina antara dirinya dan Fazura kerana ia adalah perkara yang tidak pernah terjadi atau sekadar malu-malu kucing. Tak apalah. Pasti Shaheizy Sam tahu yang terbaik untuk dirinya. Apa pun sekali sekala ada program seperti Facing Up To Fazura ini menarik juga kan? Habis terbongkar segala rahsia. Rasa-rasanya kalau selebriti lain turut sama ditemuramah, pasti akan ada banyak kisah menarik dapat dikongsikan. Contohnya macam Neelofa ke. Seronok juga kalau tahu apa sebenarnya yang terjadi pada kisah percintaan antara Neelofa dan Hans Isaac kan? Sumber Kosmo.

P.S: Pakej bantuan banjir daripada UMM Toyota


Comments are closed.

Loading...