Pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz kini sudah bertemu pengganti selepas dikatakan putus cinta dengan seorang pemain bola sepak.
Yazmin atau nama penuhnya Yazmin Aldwin binti Abdul Aziz berkata, dia kini sedang menjalani hubungan cinta bersama seorang atlet bola keranjang berasal dari Hong Kong iaitu Austin Veloso.
Influencer berusia 22 tahun itu memaklumkan mereka telah bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan secara kebetulan dia bersama keluarga telah pergi menonton perlawanan tersebut.
Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.
Menurutnya lagi, usaha atlet berusia 26 tahun itu yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.
Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut.
Malah, Yazmin memaklumkan walaupun dia dan Austin menjalani hubungan jarak jauh, tetapi ianya bukan menjadi satu masalah besar memandangkan mereka sentiasa berhubung.
Walaupun kami ini LDR, tapi rasanya dia sentiasa ada bersama. Kami juga cuba untuk tetapkan berjumpa sebulan sekali sama ada saya terbang ke sana atau di datang ke sini.
Bukan itu sahaja, bekas peserta Big Stage 2022 itu turut berkata dia sedia untuk berkahwin pada usia muda dan menganggap ianya bukan menjadi penghalang.
Kalau ada jodoh mungkin selepas tamat belajar hujung tahun ini saya mahu kahwin.
Bagaimanapun, hubungan Yazmin dan Austin menjadi bahan kritikan netizen memandangkan sebelum ini dia pernah bercinta dengan seorang pemain bola sepak bernama Nixon Guylherme.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menanggap Yazmin kerap menukar teman lelaki selain mengatakan dia terlalu mudah untuk mencari pengganti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.