September 4th, 2020

Sharifah Rose yang merupakan seorang model dan personaliti media sosial mengakui dia kini sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Aazief Khalid yang merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dia yang ditemui media baru-baru ini walau bagaimanapun masih belum mahu bercakap mengenai fasa seterusnya dalam perhubungan iaitu alam perkahwinan.

“Mengenai hubungan saya dengan Aazief, kami masih belum merancang apa-apa untuk menuju ke fasa seterusnya, lagipun saya masih muda. Kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain, umur dia pun muda, sebaya dengan saya,”

Ketika ditanyakan adakah dia sudah berjumpa dengan ahli keluarga Aazief, Sharifah Rose mengakui sudah pun berkunjung ketika sambutan Hari Raya yang lalu dan turut menganggumi keramahan dan kemesraan keluarga kekasihnya itu.

Meskipun tidak meletakkan sebarang target umur dalam usaha menamatkan zaman bujang, wanita berusia 22 tahun ini sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hubungannya itu.

“Insya-Allah, doakan yang terbaik sahaja,”

Sekadar info, Sharifah Rose dan Aazief Khalid difahamkan mula berkenalan setelah bertemu dalam sebuah majlis tahun lalu dan mula berhubung menerusia ruangan DM Twitter selepas pertemuan itu sebelum menjalinkan hubungan sebagai kekasih sehingga kini.

Sumber: Astro Gempak


One response to “Bercinta Dengan Anak Datuk Siti Nurhaliza, Sharifah Rose Minta Doakan Yang Terbaik Jika Ada Jodoh”

  1. Anonymous says:

    bukan anak siti nurhalizah tu.
    emaknya tengku tu yg sakit bersalin , darah mengalir masa bersalin, koyak sana sini putus urat susukan anak jaga anak yg dpt nama retis

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...