Bercerai Kerana Mertua? Ini Sebab Kenapa Perlu Tinggal Asing Dari Mertua Selepas Berkahwin

Trending

Bercerai Kerana Mertua? Ini Sebab Kenapa Perlu Tinggal Asing Dari Mertua Selepas Berkahwin

Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri semestinya menjadi impian setipa individu. Malah jika diberikan kebahagiaan yang berpanjangan merupakan satu rahmat bagi mereka. Tetapi kebahagiaan sebenarnya perlu dicari bukan semata-mata menunggu seperti durian runtuh.

Advertisement

Bagaimana untuk mencari kebahagiaan itu?

Banyak cara itu menimbulkan kebahagiaan,antara persefahaman antara pasangan. Persefahaman memainkan peranan yang sangat penting. Selain itu hubungan dengan mertua juga harus dipelihara dengan baik.

Apabila berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan si dia sahaja, kita akan berkahwin dengan seluruh keluarga dia. Jadi di situ kita kena faham situasi sebenar.

Dan sebaiknya, elakkan tinggal serumah dengan mertua.

Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini. Antaranya perceraian seperti yang dikongsi ialah seorang individu dikenali sebagai Farizal Radzali di facebook miliknya.

Ini perkongsian beliau..

Hari ini ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak memang tak boleh la kan. Tak pasal2 dapat status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak.

Sejak kawin mereka memang tinggal bersama mak ayah lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal.

Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang.” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama.

Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm.. Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni.

Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan.

Itu tak betul, ini tak betul.

Sentiasa nak menantu tu ikut cara keluarga suami sedangkan dia dibesarkan dalam keluarga yang lain. Mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dalam keluarganya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri.

Dikatakan isteri tak nak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur???

Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?”

Haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji tak kan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkawin, tinggal lah berasingan dari keluarga.

Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga.

Biarlah susah, makan nasi dgn kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yg dekat. Ziarahlah ibu bapa selalu.

Mula2 akan ada bunyi sebab sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kepada bagaimana layanan kita pada mak ayah.

Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah untuk menemani Adam. Bukan menemani orang lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dengan hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang.

Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh?

Kerana mereka dicipta sebagai pemimpin yang mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Sumber : Farizal Radzali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...