Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

Hiburan

Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

Menagkui dirinya tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi biarpun pernah melalui episod perceraian, usahawan selebriti, Noor Nabila masih percaya dengan rezeki dan ketetapan jodoh.

Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

Advertisement

Bekas isteri kepada pelakon tampan Sharnaaz Ahmad ini turut berkata, mahu tambah bilangan cahaya mata merupakan salah satu factor mengapa dirinya mahu berkahwin lagi.

“Saya tak serik nak berkahwin lagu selepas ini. Saya percaya dengan ketetapan rezeki, kalau ada jodoh, pastinya saya mahu berkahwin lagi. Saya juga mahu menambah bilangan cahaya mata.”

Menurut kakak kepada pengacara popular Neelofa ini lagi, beliau kini seakan selesa memberikan tumpuan buat diri sendiri ketika ini. Malah nekad mahu membesarkan anaknya Jebat Jayden dengan penuh kasih sayang.

Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

“Kalau ada sesiapa mahu dekat pun, mungkin ambil masa untuk saling mengenali.”

Tambah Nabila, beliau langsung tidak menghalang bekas suaminya itu untuk bertemu dengan anak. Katanya, Sharnaaz seorang yang sangat bagus dan bertanggungjawab kerana tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.

Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

“Hari-hari Sharnaaz meluangkan masa melihat dan bermain dengan anak, dia sangat komited serta berdedikasi. Saya pun tak kisah dia nak berjumpa dengan anak pada bila-bila masa memandangkan jadual kerjanya sebagai pelakon tidak menentu.”

Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Bercerai Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Akui Tak Serik Nak Kahwin Lagi

Bagaimanapun, jodoh antara mereka dikhabarkan tidak berkekalan apabila pasangan ini disahkan bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...