“Bercanggah Dalam Hukum Agama, Ini Nak Lepas Beban” – Individu Ini Tempelak Sikap Suami Yang ’50-50′ Dalam Pemberian Nafkah Dengan Isteri

Kehidupan

“Bercanggah Dalam Hukum Agama, Ini Nak Lepas Beban” – Individu Ini Tempelak Sikap Suami Yang ’50-50′ Dalam Pemberian Nafkah Dengan Isteri

Seorang pengguna media sosial baru-baru ini tampil mempersoalkan kewajaran sikap segelintir lelaki yang sejak awal sudah meletakkan niat untuk membahagikan tanggungjawab nafkah asas keluarga secara sama rata dengan isteri.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun @tareqfit, dia menegur kecenderungan sesetengah lelaki masa kini yang memilih untuk berkongsi beban kewangan rumah tangga secara 50-50 dengan pasangan, hanya kerana kedua-duanya bekerja.

Advertisement

 

Ada yang berpendapat bahawa perkongsian kewangan adalah wajar jika isteri bekerja. Malah, ada juga menyebut bahawa individu dengan pendapatan lebih tinggi seharusnya memberi sumbangan yang lebih.

Bagaimanapun, individu yang berkongsi video tersebut mempertikaikan logik berkenaan dan menyifatkannya bercanggah dengan prinsip dalam ajaran Islam.

Beliau merujuk Surah An-Nisa ayat 34 yang menyatakan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita dan bertanggungjawab dalam soal pemberian nafkah, hasil kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Menurutnya, selepas mendirikan rumah tangga, sekiranya isteri memilih untuk bekerja, ia adalah atas kehendak sendiri. Namun, kewajipan menyediakan nafkah tetap terletak pada bahu suami.

nafkah 50 50

Keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan kelengkapan harian adalah tetap di bawah tanggungjawab lelaki, tanpa mengira keadaan.

Beliau turut menekankan bahawa sebarang bantuan yang diberi oleh isteri adalah atas dasar ihsan dan tidak boleh dijadikan satu kewajipan.

Katanya lagi, pemikiran moden yang terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup Barat telah menyebabkan ramai lelaki keliru akan peranan sebenar mereka dalam institusi keluarga.

Ramai bersetuju konsep 50-50 tidak wajar dijadikan matlamat perkahwinan, terutama jika digunakan untuk lari dari tanggungjawab suami. Bantuan isteri adalah ihsan, bukan kewajipan bulanan. Lelaki perlu faham tuntutan agama sebagai asas rumah tangga yang kukuh.

Tanggungjawab suami tidak seharusnya berubah hanya kerana peredaran zaman. Sifat al-Qawwam dalam Surah An-Nisa perlu dijadikan panduan oleh lelaki Muslim, kerana menurut ulama, ia bermaksud pemimpin, pelindung dan pengurus keluarga yang memikul tanggungjawab penuh terhadap kebajikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

48 mins ago

Tiada Lagi Baju Ketat, Tudung Nampak Dada 'Terjojol', KPM Perkenal Kod Pakaian Buat Para Cikgu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...