Berbulan Tak Ada ‘Job’, Sufian Suhaimi Tumpu Bisnes Bantal Zikir – “Kena Cari Jalan Untuk Bertahan Dalam Waktu Mencabar”

Hiburan

Berbulan Tak Ada ‘Job’, Sufian Suhaimi Tumpu Bisnes Bantal Zikir – “Kena Cari Jalan Untuk Bertahan Dalam Waktu Mencabar”

Sama seperti insan lain, penyanyi Sufian Suhaimi mengaku turut terkesan dengan ancaman wabak pandemik COVID-19.

Sufian,28, berkata pendapatannya agak terjejas namun bersyukur kerana sudah terlibat dalam perniagaan sampingan sebelum wabak ini menyerang Malaysia pada awal tahun lalu.

Advertisement

Dia yang sudah hampir tiga bulan tiada ‘job’ dalam bidang nyanyian atau aktiviti  mempromosikan lagu, Sufian kini mengambil kesempatan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

View this post on Instagram

Patung dekat belakang tu buat apa? . @babypian.hq

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

“Kita kena cari jalan bagaimana untuk bertahan. Harus seimbang dan realistik sama ada nak buat sesuatu yang betul-betul minat atau macam mana kita nak bertahan dalam waktu yang mencabar ini,”

Sufian juga telah melancarkan perniagaan menjual bantal zikir yang memfokuskan pasaran bayi dan kanak-kanak turut memberitahu, dia berasa sangat bersyukur kerana melancarkan perniagaan bantal zikirnya itu pada awal tahun ini dan secara langsung membantu dirinya untuk terus ber’tahan’ dalam tempoh yang sukar ini.

 Dia yang ditemui mStar Online ketika rakaman sebuah program realiti di Glenmarie Shah Alam itu berkata, sepanjang tiga bulan duduk di rumah sahaja sepanjang tempoh PKP, dirinya tidak berasa tertekan langsung kerana sifatnya yang tidak suka bersosial dan lebih gemar menghabiskan masa di rumah.

Lebih gemar menghabiskan aktiviti di rumah dengan perkara bermanfaat, Sufian kini giat mepromosikan bantal zikir atau ‘Zikir Pillow’ ini kepada orang ramai di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...