Pelakon Ashraf Muslim menzahirkan perasaan gembira apabila dia akhirnya berpeluang untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam setelah sekian lama mendaftar sejak beberapa bulan yang lalu.
Ujar Ashraf, peluang yang diberikan itu sama sekali tidak akan dipersia-siakan, tambahan dia juga sudah lama tidak dapat menunaikan solat jumaat di masjid.
View this post on Instagram
Perkara itu dikongsikan Ashraf dalam sebuah hantaran Instagramnya untuk tatapan peminat.
Alhamdullilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat jumaat hari ini (semalam). Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan. Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jumaat di masjid.
Dia yang turut berkongsikan rasa ketika menjejaki masjid setelah sekian lama memberitahu bahawa dia sangat seronok dan berasa tenang apabila berada di rumah ibadat itu.
View this post on Instagram
Ashraf dalam pada itu sempat menyeru kepada umat Islam yang belum mendaftar untuk solat jumaat untuk segera melakukan demikian kerana sudah pasti ramai yang merindukan untuk berjemaah di masjid.
Sekadar info, Majlis Keselamatan Negara menetapkan bahawa jumlah jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat jumaat di masjid sekitar kawasan Kuala Lumpur adalah hanya 100 orang manakala untuk negeri Selangor adalah 40 orang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.