Berbuka Satu Jenis Lauk Dan Beberapa Sudu Nasi, Ini Tips Chef Wan Turun Berat Badan

Hiburan

Berbuka Satu Jenis Lauk Dan Beberapa Sudu Nasi, Ini Tips Chef Wan Turun Berat Badan

Tukang masak selebriti terkenal negara, Cef Wan mendedahkan beberapa tips untuk kekal sihat dan menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadan.

Cef WanSumber : Instagram Cef Wan  

Perkara tersebut dikongsikan Cef Wan menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Menulis panjang lebar, Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail,63, memberitahu bahawa dia tidak mengamalkan makanan dan minuman manis dalam diet seharian.

Ujarnya lagi, berat badannya juga turut selepas berhenti mengambil nasi dan roti dalam pola pemakanan. Manakala untuk hidangan berbuka, cukup sekadar satu hidangan lauk sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Advertisement

“Terlebih makan pun tidak elok untuk Ramadan. Setengah orang boleh satu meja pelbagai juadah. Saya tengok pun rasa takut. Boleh ke mereka habiskan semua itu? Kuih muih yang manis-manis jangan harap di meja rumah saya. Jika makan nasi cuma satu lauk dan sayur sahaja serta buah-buahan.”

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana tidak mempunyai sebarang penyakit merbahaya yang sinonim dengan faktor umurnya kini.

“Itu sebab saya tidak ada kencing manis, darah tinggi dan Dr kata jantung, kolestrol dan asid urik saya juga bagus..” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Tambah Cef Wan, cara pemakanan sangat memaikan peranan yang penting dalam gaya hidup seseorang.

Selain itu, tukang masak terkenal itu juga sering mengamalkan aktiviti mengemas rumah sebagai salah satu senaman dalam kehidupan seharian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    April 16, 2021 at 7:57 am

    laser gile mulut papa hahaha. rasekan kau haha

Loading...