Baru-baru ini, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki telah memuat naik sebuah hantaran gambar memaparkan seorang wanita di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Afdlin dilihat sedang berbuka puasa bersama wanita berhijab itu di sebuah restoran.
Perkongsian pengarah berusia 52 tahun itu sekaligus mengundang spekulasi dan tanda tanya mengenai status hubungannya dengan wanita berkenaan.
Berbuka puasa with this beautiful lady.
Tampil menjawab spekulasi, Afdlin menjelaskan bahawa wanita itu merupakan pengurusnya dan mereka sememangnya selalu bersama.
Dia adalah pengurus saya dan memang kami selalu bersama.
Bagaimanapun, bekas suami kepada Datin Maria Christina Orow Abdullah itu berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai status terkini dirinya.
Belum ada nak komen apa-apa lagu setakat ni. Itu sahaja yang boleh saya bagitahu.
Terdahulu, Afdlin mengakui sudah menemui cinta baharu setelah hampir setahun bergelar duda.
Namun, pelakon filem Imaginur itu masih belum bersedia untuk berkongsi hal peribadi kerana menghormati bekas isterinya.
Apa-apa pun mestilah saya akan bagitahu. Nantilah lepas raya saya kongsi. Sekarang belum sedia nak kongsi lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.