Sebagai rakan arwah vokalis XPDC, Mael, pihak wartawan telah menemubual penyanyi legend, Datuk Hattan untuk mengenang momen-momen bersama allahyarham.
Oleh kerana tidak terlalu tahu beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus menyelar wartawan tersebut biarpun sesi temubual itu dilakukan secara siaran langsung
Hattan juga sempat bertanya semula kepada wartawan dengan nada yang tegas agar dia memberi jawapan yang betul serta persoal wartawan itu sama ada buat kajian ataupun tidak.
Bukan saja menyelar, malah belum sempat wartawan tersebut mengucap terima kasih kepadanya, Hattan telah memutuskan talian tersebut dan tindakan dia itu dianggap sebagai kurang ajar oleh netizen.
Dalam pada itu, tindakan penyanyi hebat itu menyelar wartawan tersebut secara live dianggap tidak beradab oleh kebanyakkan netizen kerana ia sama seperti Hattan memalukan wanita terbabit dengan sengaja.