Seorang penulis dan pengasas program yang membantu para wanita dilanda cabaran seperti ujian rumah tangga dan kehadiran orang ketiga didakwa melakukan ajaran yang melanggar syarak.
Pendedahan itu kini tular di media sosial dan wanita berkenaan serta suaminya menganjurkan program tersebut dan didakwa mempergunakan kelemahan peserta yang sedang kecewa, tidak bersemangat dan berada di titik terendah dalam hidup.
Kelemahan ini digunakan sehingga ramai peserta yang rebah dalam dakapan R***m S**kor sambil disaksikan D***na sendiri.
Ramai peserta dah keluar
Difahamkan, ramai ahli yang telah keluar selepas menyedari pasangan itu melakukan perkara yang haram di sisi agama malah aduan juga dikatakan sudah dibuat kepada Pejabat Agama namun tiada tindakan diambil sehingga kini.
Ya, anda mungkin terkejut. Mana mungkin perempuan bertudung litup, berwajah manis dilapisi make up dan cahaya lighting studio ini sanggup melakukan hal terkutuk dengan merelakan suaminya memeluk peserta wanita lain?
Bukan hanya di Facebook, pendedahan itu turut tular di platform Threads dan ramai akui terkejut dengan kegiatan pasangan tersebut selepas ia terbongkar.
Macam cult. Mana lagi kebanyakan peserta tu muslimah. Banyak terbongkar ya.
Malah menurut individu yang membongkarkan tentang program ini turut meminta pertolongan guru yang dikenali ramai, Mohd Fadli Salleh.
View on Threads
Upacara ‘Rebirth’ tarian berahi
Antara program yang dilakukan pasangan itu adalah upacara ‘Rebirth’ di mana ia didakwa merupakan tarian berahi dan merupakan modul rasmi program berkenaan.
Harganya RM 10,865 untuk dapatkan pakej amalan syirik dan melihat tarian berahi ini. Bagi sesiapa yang merasa berat dengan pendedahan ini tidak mengapa. Hanya tunggu siasatan pihak berkuasa yang akan mengambil keterangan saksi.
Akaun Facebook berkenaan kini sedang cuba untuk membongkar satu per satu tentang program dan ajaran pasangan suami isteri tersebut sehingga tindakan diambil ke atas mereka.
Hal ini juga telah mendapat perhatian Caprice yang turut memuat naik hantaran di Instagram berharap agar pihak berkuasa dan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada pengasas program tersebut.
View this post on Instagram
Selain itu, kami konngsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.