Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi tentang pengalaman di mana dia meletakkan keretanya tanpa mengetahui bahawa lokasi tersebut merupakan tapak pasar malam pada waktu petang.
Dalam kejadian yang berlaku di Stesen 18 di Ipoh, Perak itu, lelaki tersebut berkata ia merupakan kali pertama dia berada di kawasan berkenaan dan sama sekali tidak tahu bahawa lokasi parkir dipilihnya adalah tapak pasar malam.
Dia juga akui pada mulanya berasa takut untuk beredar kerana keretanya sudah mengganggu ruang perniagaan berkenaan.

Gambar hiasan
Video dikongsikan lelaki itu meraih perhatian selepas ia memaparkan warga peniaga di pasar malam tersebut langsung tidak memarahinya meskipun pada ketika itu aktivi jualan sudah bermula.
Boleh dilihat para peniaga membantu lelaki berkenaan untuk beredar dan dengan baik hati memberikan panduan untuk dia keluar dari situ.
Seorang demi seorang memberi arahan dan petunjuk malah ada yang turut mengalihkan barang mereka seperti tiang khemah untuk memberi laluan kepada lelaki berkenaan.
Menerusi ruangan komen, lelaki itu berkata dia sudah memaklumkan kepada peniaga bahawa dia akan tinggalkan sahaja kereta dan akan kembali untuk mengambil selepas selesai kerana mahu menyusahkan para peniaga.
Bagaimanapun, seorang peniaga tampil untuk mencadangkan dia beredar terus pada waktu itu dan sudi memberi bantuan untuk membantunya keluar dengan selamat.
Ramai meninggalkan komen masing-masing dan memuji warga penduduk Ipoh kerana sempoi serta baik hati malah ada yang sempat memerli serta membezakan mereka dengan penduduk di Kemaman yang tular sebelum ini kerana kes memukul lelaki OKU di tapak pasar tani.