Berbeza Dari Imej Asal, Perubahan Kulit Ning Baizura Cetus Tanda Tanya

Hiburan

Berbeza Dari Imej Asal, Perubahan Kulit Ning Baizura Cetus Tanda Tanya

Berkongsi beberapa keping foto terbaru menerusi laman Instagram, penyanyi berbakat besar, Ning Baizura akui terima terima beberapa komen daripada netizen berkenaan kulit wajahnya yang kini dikatakan semakin mulus dan cerah.

ning baizura kulit cerah

Advertisement

Ning yang terkenal dengan kulit sawo matang itu bagaimanapun turut menjelaskan bahawa kulit wajahnya berubah susulan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Kongsi penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu lagi, tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah menjadi salah satu punca mengapa kulitnya kini berubah menjadi cerah.

“Sebenarnya saya mmg suka aktiviti bersukan diluar, tapiiiii sbb tak dpt keluar menjalankan aktiviti sukan pd siang hari.. time time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih puteh,” 

Tambah Ning, beliau kini seakan redha apabila imejnya kini dikatakan sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan kulitnya dahulu.

Malah, Ning dalam entrinya juga sempat berkata, buat masa sekarang warna kulitnya kini di tengah-tengah antara hitam manis dan sawo matang.

“So image lari sikit.. haahahah I hope you guys are staying safe ang being happy stay positive.. and keep giving.. insyaallah Allah will bless you and yr loved oes.. so now u know #ilovemyskin,” 

ning baizura

Meskipun karier nyanyiannya agak perlahan kebelakangan ini, namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya tetap memuji keayuan dan personaliti Ning yang tidak dimamah usia meskipun kini telah berusia 44 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...